Datuk Seri Ahmad
Said yang juga mantan Menteri Besar Terengganu berkongsi kisah bahawa dirinya
tidak kisah bergelumang dengan kotor atau disengat kelulut peliharaannya ketika
berkebun.
Ujar ADUN Kijal
ini lagi, bertani adalah kaedah terbaik untuk melepaskan tekanan selain mencari
kawan baru.
Dalam tempohnya
berkhidmat sebagai Menteri Besar dahulu, rumah beliau di Telok Kalong sering
menjadi lokasi untuk berkumpul ketika hari perayaan misalnya Hari Raya
Aidilfitri dan Aidiladha.
Namun kini setelah tidak lagi aktif di pentas
utama politik, beliau perlahan-perlahan menukar rumahnya menjadi 'hutan mini'.
Setahun lalu,
selepas tanamannya mula matang, beliau mula membeli sarang kelulut dan
menternak haiwan tersebut bagi mendapatkan madu.
Ujarnya,
tindakan beliau menternak kelulut berjaya menarik tumpuan orang ramai. Malah,
ternakan kelulutnya menjadi topik bualan penduduk setempat.
''Ini cuma untuk
mengisi masa lapang, tetapi ia menarik dan boleh menyihatkan badan. Boleh buat
saya lupa hal politik buat sementara waktu, tapi yang paling penting saya dapat
ramai kawan dan tunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa tidak susah untuk
membela kelulut'', kata beliau.
Katanya lagi,
madu kelulut mempunyai banyak faedah kepada kesihatan malah ianya antara
makanan tambahan yang terbaik untuk penghidap kencing manis dan pelbagai
penyakit kronik yang lain.
''Saya buktinya,
madu kelulut ini berjaya menurunkan paras gula dalam badan saya ketahap rendah
hingga doktor pun terkejut''.
Tambah beliau,
mengamalkan madu kelulut membuatkan dirinya lebih bertenaga untuk menghadiri
semua aktiviti kemasyarakatan dan tugasnya di Kemaman. Malah beliau turut
berkongsi bahawa kelulut tidak berbahaya berbanding lebah madu lain yang lebih
agresif, kadang-kadang mampu membunuh.
Beliau kini
mempunyai 240 sarang kelulut, kebanyakkan adalah subspesis Geniotrigona
thoracica, Trigona terminata dan Heterotrigona itama.
''Setakat ini,
kelulut yang ada mampu menghasilkan 20 liter madu setiap dua minggu dan saya
bercadang untuk membeli 100 lagi sarang kelulut memandangkan mendapat
permintaan yang tinggi dari kawan-kawan dan penduduk setempat'', ujarnya lagi.
Madu kelulutnya
dijual dengan harga diantara RM 90 hingga RM 300 sebotol, malah bercadang untuk
melabelkan produk madunya dibawah jenama 'DSAS Kelulut' menjelang hujung tahun
ini.
''Tujuan utama
saya menternak kelulut bukanlah untuk mencari keuntungan sebaliknya untuk memberi
contoh kepada orang ramai bahawa ia mampu memberi pulangan tetap. Perlu ada
orang untuk menggerakkannya, dan sekarang saya menjadi contoh kepada orang
ramai bagaimana mahu menternak kelulut'' jelasnya.
Beliau turut
memberitahu bahawa penduduk setempat yang berminat untuk menceburi bidang ini
boleh menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebagai modal permulaan dan
menubuhkan perkongsian.
''Ia boleh
berjaya jika diadakan secara perkongsiaan.
''Kita boleh
belajar dari kelulut itu sendiri. Kelulut bekerjasama menghasilkan madu tapi
kita boleh bekerjasama untuk menjual madu tersebut,'' terang bekas Menteri
besar itu lagi.
Beliau turut
percaya bahawa Kemaman suatu hari nanti mampu menjadi pengeluar madu kelulut
terbesar di peringkat negeri.
''Baru-baru ini
telah dilancarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang memberi tumpuan
kepada kaedah pemakejan produk madu di Kemaman, ia boleh meningkatkan keyakinan
terhadap industri ini'' tambah beliau.
Sumber: Siakapkeli
Sumber: Siakapkeli