POKOK SIDR DALAM AL-QURAN

POKOK BIDARA - شجر السدر


Rupa bentuk pokok sidir di Yaman yang menjadi tempat lebah membuat sarang. Selain nama Sidr, ia juga dikenali dengan nama Nabq (النبق).


Sarang lebah pada pokok sidr
Daun pokok sidr


Pokok sidr yang ditumbuh di lereng bukit pendalaman Yaman bersih dari penceraman alam. Kalimat sidr pernah dirakamkan dalam al-Quran sebanyak empat kali, dua kali tentang pokok sidr dan dua kali tentang suatu tempat di syurga iaitu:


Ertinya: Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.۝
Surah Saba’:  16.


Ertinya: Di sisi “Sidratul-Muntaha”; ۝ Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”. ۝ (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.۝
Surah al-Najm: 14-16.


Ertinya: Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.۝
Surah al-Waqi’ah: 28

Ini bermakna nanti di syurga terdapat pokok sidir yang tidak berduri berlawanan di alam dunia ketika ini pokok yang berduri. Bilamana pokok sidir disebut sebagai pokok syurga sudah tentulah pokoknya di dunia ini terdapat manfaat besar. Masya Allah!