JASIN - Dua maut
manakala dua lagi cedera dipercayai akibat dipanah petir ketika mencari mereka
madu kelulut di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Muhibbah Merlimau
di sini petang tadi.
Ketua Polis
Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata kedua-dua mangsa Shahrul
Nazrin Roslan, 24, dan Zul Effendi Abdullah, 23, meninggal dunia di tempat
kejadian kira-kira 4 petang.
Beliau berkata
mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.
Manakala dua
mangsa yang cedera iaitu Mohd Saad Md Rasul, 40, dan Shahnor Hafizi Shahmat,
26, dihantar ke Hospital Melaka.
“Ketika kejadian
hujan lebat turun bersama angin kencang serta petir. Mangsa keluar pada pukul
3.30 petang untuk mencari madu bersama bapa saudara mereka (bapa saudara
Shahrul Nazrin dan Zul Effendi) serta adik lelaki Zul Effendi,” katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Katanya bapa
saudara mangsa iaitu Nor Azman Bujang, 48, terlebih dahulu pulang ke rumah
sebelum kejadian dan dimaklumkan tentang kejadian oleh adik lelaki Zul Effendi
iaitu Mohd Nordin Azman, 11.
Sementara itu,
Nor Azman berkata beliau dimaklumkan kejadian itu oleh Mohd Nordin sebaik tiba
di rumahnya di Jalan Paya Lengkung, Merlimau kira-kira 4.45 petang.
“Pada mulanya
saya mengajak Mohd Nordin untuk pulang ke rumah kerana cuaca hampir hujan
tetapi beliau minta saya balik dulu kerana dia hendak mencari madu bersama yang
lain. Selepas hujan berhenti dia balik dan maklumkan mereka (mangsa) dipanah petir,”
katanya.
Beliau kemudian
bergegas ke tempat kejadian dan melihat dari jauh semua mangsa telah terbaring
dan mendapati Shahrul Nazrin serta Zul Effendi tidak lagi bernyawa.
Katanya
kedua-dua anak saudaranya itu tiada pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada
upah melakukan kerja kampung termasuk mencari madu kelulut.
Sumber: mynewshub
Sumber: mynewshub