BESUT |
Berpantang maut, sebelum ajal. Begitulah nasib seorang lelaki berumur 42 tahun
di sini yang masih hidup selepas terjatuh dari sebatang pokok setinggi 100 kaki
dan merangkak lapan jam di dalam hutan ketika mencari madu lebah.
Dalam kejadian
11 pagi Isnin minggu lepas itu, mangsa Budin Mamat, 42, yangpatah kaki kirinya
dan retak tulang belakangnya terpaksa merangkak sendirian di dalam hutan tebal
sebelum menghanyutkan dirinya di sebatang sungai sejauh 3 kilometer sebelum
terdampar di tebing pasir dalam sebuah ladang kelapa sawit hingga ditemui penduduk.
Adik mangsa Mat
Yeh Mamat, 40, yang ditemui di Kampung Gong Tok Tor, TokRaja di sini hari ini
berkata abangnya seorang pencari madu lebah keluar rumah seorang diri Isnin
minggu lalu menuju ke sebuah kawasan hutan pendalaman di Dolok jauh dari
Kampung Beliku, Kampung La di Hulu Besut.
Beliau berkata
abangnya yang masih bujang itu menemui sebuah sarang lebah di sebatang pokok
setinggi 100 kaki lalu memanjatnya untuk mengambil madu lebah berkenaan.
“Setelah siap
mengambil madu dari sarang lebah di situ dan ketika hendak turun dia terjatuh
dari atas pokok berkenaan hingga menyebabkan kaki kirinya patah dan tulang
belakangnya retak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya mangsa
pengsan beberapa minit sebelum dia mengambil keputusan menyelamatkan diri
dengan merangkak dalam keadaan kesakitan untuk mencari bantuan.
Mat Yeh berkata
setelah lebih lapan jam merangkak dalam kegelapan malam diabertemu sebatang
sungai dan menghanyutkan dirinya sebelum terdampar di tebing pasir dalam sebuah
ladang kelapa sawit tengah hari keesokannya.
Beliau berkata
dengan bantuan penduduk yang menemui abangnya, dia dihantar ke Hospital Daerah
Besut untuk rawatan kecemasan sebelum dihantar bagi mendapatkan rawatan lanjut
di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Baharu.
Katanya mengikut
penduduk yang menjumpai abangnya, jarak dari pokok tempatBudin jatuh hingga ke
tebing pasir semasa dia ditemui ialah kira-kira 3kilometer.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian