Kejadian lebah
sangat unik , menjadi titik tolak untuk kita lebih menghargai madu. Uniknya lebah
sehingga hal ini menjadikan lebah disebutkan dalam Al Quran surah An Nahl ayat
68-69.
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian
makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu”.(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang
berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai
penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
“Lebah daripada
sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah
biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga
beberapa ribu sehari.”
Madu yang
terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut kerana kajian Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik
yang berguna untuk manusia.
Madu Kelulut
Asli mempunyai kelebihan dari segi khasiatnya kerana saiz fizikal lebah kelulut
itu sendiri yang lebih kecil berbanding lebah biasa membolehkan lebah kelulut mendapat
kepelbagaian bunga-bungaan dari bunga yang sekecil-kecil kepada bunga yang
sebesar-besarnya.
Lebah kelulut
menghasilkan sebatian protin (enzim), mineral dan multi-Vitamin yang menyumbang
kepada penghasilan madu yang berkhasiat tinggi.
Kandungan madu
kelulut asli yang kaya dengan bahan antioksidan, mineral, enzim dan vitamin
amat baik untuk diambil pada setiap hari dan juga sebagai penyembuh kepada
pelbagai penyakit kronik masa kini.
Istimewanya madu
kelulut adalah sebagai pencegah kanser.
Pengambilan madu
kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan
antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa.
Ini lebih baik
untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.
Komposisi
komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut
tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.
Madu kelulut
terbukti berkesan dan mujarab bagi mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit seperti kencing manis, strok, kanserm darah tinggi, batu karang,
asma, batuk dan selsema, sakit kerongkong, gout, menurunkan kadar gula dalam
darah, menyihatkan jangung, mengurangkan kolestrol dan sebagainya.
Namun semuanya
dengan izin Allah jua.
Penulis
berkunjung sendiri ke teratak Cikgu Mohd Ashari Haji Awang, pengusaha madu
kelulut yang terkenal di Terengganu di alamat 6A, Kampung Tok Dor, Jerteh
Besut.
Beliau bukan
sahaja terkenal sebagai pengusaha dan pembekal madu kelulut, tetapi juga pejual
dan pembekal koloni (sarang) bagi tujuan penternakan sendiri kelulut untuk
mendapatkan madunya.
Selain itu
beliau juga memproses sabun dari madu kelulut, propolis lebah kelulut dan
pelbagai produk daripada bahan asas madu kelulut itu.
Untuk mendapat
maklumat lanjut boleh dapatkan FB beliau Awang Merah atau hubunginya melalui
talian 018 9065323.
Beliau juga
bersedia untuk menyampaikan ceramah mengenai cara-cara menternak madu kelulut
terutamanya cara memindah koloni bersama menyelamat “permaisuri serta bakal
permaisuri” bagi menambahkan lagi sarang dan melebarkan penternakan.
Katanya, tanpa
permaisuri, kelulut tidak ada akan mari! Demikian hebatnya kuasa Illahi.
Pesara guru yang
mengusahakan madu kelulut ini boleh menawarkan harga yang istimewa dan
berpatutan kepada anda barangkali melalui perundingan.
Cikgu Ashari
menjelaskan orang yang berminat untuk menternak kelulut bagi tujuan madu ini
beliau sedia membimbingnya.
Beliau menjual
madu kelulut dengan hanya RM230 untuk 1 kilo dan setiap bulan ternakannya itu
menghasilkan lebih dari 10 kilo- itu pendapatan dari jualan madu sahaja, belum
termasuk jualan koloni (sarang).
“Saya banyak
juga membekalkan koloni kepada pihak jabatan kerajaan dan swasta serta orang
perseorangan “ katanya kepada penulis sambil menunjukkan sarang-sarang (koloni)
yang dihasilkan daripada kotak-kotak kayu.
Beliau sedia
menerima sesiapa sahaja yang ingin melawat kawasan penternakan di sekitar
rumahnya di Tok Dor itu.
Tentang harga
koloni pula, paling murah beliau menjual dengan harga RM550.00 bagi satu koloni
(sarang) dan pembeli boleh terus membawa balik ke rumah untuk ternakan awal.
Tahniah di atas
kejayaan Cikgu Ashari usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan kelulut
dan berkaitan dengannya.
Sumber: TeganuKita
Sumber: TeganuKita