Madu lebah
tualang memang memiliki kelebihan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah
ternak.
Antara ciri
penting yang begitu sinonim dengan madu ialah paras gula atau sukrosa dan
kepekatannya.
Menurut pegawai
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Padang Terap, Azmi Ishak,
kualiti madu boleh diuji di Pusat Memproses Madu Lebah di daerahnya.
"Kepekatan
madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip. Madu matang lebih pekat
dan berwarna kuning kemerahan. Madu tualang juga mempunyai kandungan gula di
antara 0.5 hingga lima peratus dan air tidak kurang 22 peratus.
"Selepas
ketulenannya disahkan, madu tersebut akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan
dimasukkan ke dalam mesin penyahlembapan untuk proses menyejat kandungan air
sehingga ke paras yang ditetapkan," jelas Azmi.
Menurutnya,
proses tersebut dilakukan untuk mengelak madu menjadi masam dan memudahkan
proses pembotolan.
Lantaran paras
sukrosa yang rendah, Azmi menambah, madu tualang sangat sesuai untuk diambil
oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas.
Malah, pesakit
diabetes juga boleh mengambil madu tualang yang disahkan asli keluaran FAMA di
bawah jenama Agromas.
"Begitupun,
ada pantang bila makan madu. Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan
ubat.
"Selain
itu, hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang
terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif
pada tubuh," katanya.
Sumber: Kosmo