Saya terpanggil
untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam
media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan.
Soalan 1: Adakah
madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
Penggunaan garam
yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu
adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan
bahan seperti karbohidrat dan protein.
Kajian yang
dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam
yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim. Secara tidak langsung penggambilan
madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan 2: Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
Kenyataan yang
menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan
menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan
bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap
dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar
manusia.
Madu tinggi asid
fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil
dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong
dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan 3: Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau
makanan lain?
Jawapan
Kita boleh makan
buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan
(contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap.
Jika seseorang
itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit
makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi
protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin
minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan
kepada hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa:
“Rasulullah SAW menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah r.a) berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”.
Talbinah dibuat
menggunakan barli + susu + madu. Barli juga
tinggi beta-glukan dan beta-glukan;
a. merupakan
fiber larut air.
b. tidak dapat
diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil.
c. terus dibawa
ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar.
d. bertindak
sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti
bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya
seperti enterobacteriaceae.
e. membantu
meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia.
Buah juga boleh
diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari
jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu
meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan
seterusnya mudah diserap dalam perut manusia.
Soalan 4: Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
Menurut kaedah
tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah:
a. Madu asli
akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam
semangkuk air.
b. Madu asli
membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih
ada di kepala mancis - madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan
airnya rendah.
c. Madu asli
tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun. Madu lebah asli - air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika
dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama.
Semua kaedah di
atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya.
Cara yang
terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada al-Quran
iaitu dalam Surah An-Nahl (16), ayat 69:
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut-perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….
a. Madu yang
banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning
emas, warna gelap contohnya perang.
b. Antara
komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam
kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat
ini adalah bahan penawar kepada manusia.
c. Ini
menunjukkan bahawa al-Quran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah
yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen
warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar.
d. Ayat ini
jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat
atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan - `Food as Medicine’.
e. Bahan
berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai
HPLC. Kajian saya
menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian
juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan
madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar).
Soalan 5: Adalah
madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
Madu sebaiknya
disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang
airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika
didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah
kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak
atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.
Moga Bermanfaat
BIODATA PENULIS
Dr Suri Roowi,
Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food
Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau
banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan
buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut
Malaysia.
Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.
Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.
# DrSuriRoowi